Selasa, 13 Disember 2011

JEMPUT-JEMPUT BETIK


Salam sejahtera ke atas kamu semua(mendahulukan Bahasa Melayu!).Mula -mula rasa agak pelik bila tengok resipi jemput-jemput betik ni.Ye la kita kan selalu makan Jemput-jemput pisang.Apakata kita cuba buat Jemput2 betik pula(malasnya nak tulis perkataan berganda ni).Nak guna perkataan cekodok rasa tak suka tang huruf kodok tu pula!.Bila siap saya letak dalam bakul itik ni.Budak-budak tu siap tanya,boleh makan ke makanan yang di letak dalam bakul itik ni?.Yang ni untuk ambil gambar je nak ooii.Kalau nak makan nanti mama letak dalam pinggan!...
JEMPUT-JEMPUT BETIK
Bahan-bahan
  • 1 biji betik masak(saiz sederhana)-di lenyek
  • gandum
  • air
  • sedikit garam
  • 2-4 sdb .gula pasir
  • 1 sdb.planta
Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan.
  • Campurkan air sedikit demi sedikit.
  • Gaul rata dan pastikan adunan tidak terlalu lembik,kalau lembik bolehlah di tambahkan tepung.
  • Panaskan minyak,bulat-bulatkan adunan dan goreng.
  • Bila nampak kekuningan dan agak garing ,bolehlah di angkat dan toskan minyaknya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan