Pada suatu ketika dahulu(once upon a time!),kalau terdengar ting!..ting!.ting!bunyi loceng aiskrim mesti semua suka bila si penjual aiskrim lalu depan rumah.Aiskrim yang di jual ada pelbagai perasa.
Sebenarnya aiskrim tidak asing lagi dengan masyarakat kita.Malahan kita juga pernah mencipta sejarah tersendiri.Seiring dengan kemasukan peti sejuk ke negara kita aiskrim menjadi pelengkapnya.Walaupun tidak seperti yang di hasilkan di barat yang menggunakan susu,telur,lemak dan buah-buahan namun ia cukup di gemari.
Ais krim tempatan punya identiti tersendiri hinggakan di panggil ais krim Malaysia.Cara membuatnya cukup ringkas dan boleh di pelbagaikan perasanya.Hanya di perlukan air,gula dan perasa buah-buahan.Tidak ketinggalan ada juga yang menjadikan bubur kacang hijau atau sirap bandung sebagai ais krim.Ada juga yang di tambah buah-buahan jeruk seperti pauh muda,asam boi dan buah koktel seperti laici dan nenas(sekadar menyebut beberapa nama).
Rasa buah-buahannya memang benar-benar asli.Gula di rebus bersama air hingga gula hancur dan di tambah buah -buahan tempatan yang di gemari.Untuk buah nangka dan durian lebih sedap di masak bersama santan dan gula,caranya hampir sama seperti membuat pengat.Setelah masak ia di sejukkan sedikit dan di masukkan ke dalam plastik ais krim yang bersaiz kecil dan panjang,kemudian di bekukan.Aiskrim Malaysia lebih sedap dan tidak muak kerana campurannya cukup mudah. Semasa dahulu sebatang aiskrim boleh di dapati dengan harga 10 sen sahaja.Si penjual aiskrim ketika itu hanya berbasikal dengan sebuah tong aiskrim yang tahan cuaca panas.Disisinya sebuah loceng sebagai tanda kedatangannya.Masa itu perasa yang mendapat pilihan utama ialah asam boi dan aiskrim bubur kacang hijau.
Selain enak aiskrim juga berkhasiat untuk badan tapi jangan ambil terlalu banyak.Mungkin kandungan gulanya yang terlalu tinggi akan menyebabkan kegemukan.Selain itu bahan utama membuat aiskrim memang mempunyai zat makanan yang penting untuk badan seperti protein(kuning telur),kalsium(susu),gula dan krim(karbohidrat).Sebenarnya kita juga boleh membuat sendiri aiskrim di rumah dengan cara yang selamat dan mudah hanya perlu sesuaikan dengan citarasa sekeluarga .Lebih menarik lagi jika boleh di hidangkan untuk anak-anak.
Sumber;Majalah Saji.
Minta izin guna gmbo aiskrim malaysia dlm ni yaa
BalasPadam