style="text-align: center"

Selasa, 17 Januari 2012

KEK GULA HANGUS

Salam bahagia untuk semua.Saya sudah beberapa kali mencuba buat kek gula hangus kerana  anak-anak begitu gemarkannya.Biasanya ia tidak begitu berongga hingga suatu ketika saya terbaca banyak resipi kek ini, supaya adunannya di biarkan selama 2-4 jam sebelum di bakar untuk mendapatkan kek yang berongga di dalamnya(ia di kenali juga sebagai Kek sarang semut).
Hasilnya memang kita akan mendapat kek yang berongga di dalamnya.
KEK GULA HANGUS
Sumber:Home sweet home


Bahan-bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 sdt. soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 sdb. mentega
Cara membuatnya
  • Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair (hati-hati semasa memasukkan air, kerana gula akan meletup-meletup). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
  • Pukul 4 biji telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
  • Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7″x7″ dan perap adunan selama 3 – 4 jam.Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 – 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan