style="text-align: center"

Ahad, 15 Januari 2012

PUDING CENDOL


Salam bahagia..
Resipi hari ini adalah pencuci mulut iaitu Puding Cendol.Puding ini di buat dua lapis di mana lapisan bawahnya adalah susu cair dan cendol manakala lapisan atasnya adalah gula melaka.Warna lapisan atas bergantung pada warna gula melaka yang di gunakan .Jika gula melaka adalah dari jenis yang berwarna perang tua maka lapisan atasnya akan menjadi lebih gelap.Boleh juga di tambah sedikit serbuk nescafe untuk mendapatkan warna lapisan atas yang lebih gelap.                              
PUDING CENDOL
Sumber:Puding cendol Chef Hanieliza
Bahan-bahan
  • 1/2 paket agar2 [20 gm]
  • 3 gelas air
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan cendul
  • 1 cawan gula merah
Cara membuatnya
  • Rebuskan agar-agar dengan air sehingga mendidih.
  • Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan.
  • Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
  • Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah. Kacau rata dn biarkan mendidih dan tapis.
  • Masukkan sedikit dalam acuan kecil yang berbentuk atau loyang kuih dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak melekat.(boleh juga di lorekkan dengan garfu jika keras sebelum di tuang lapisan atas).
  • 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
  • Kacau rata dan tuangkan secara perlahan-lahan atas adunan gula merah dan sejukkan.
  • Hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan