style="text-align: center"

Khamis, 26 Januari 2012

RICH MARBLE CHOCO CAKE

Salam bahagia buat semua...saya suka buat kek yang kadang -kadang tu kalau sedap sangat boleh di ulang beberapa kali seperti Kek coklat yang selalu sahaja ada peminatnya.Mulanya saya bukanlah terlalu minat memasak dan berada di dapur lama-lama dek keletihan kerana bekerja tetapi apabila setiap kali menyediakan makanan ,anak-anak akan menghabiskan makanan dan begitu seronok makan  (kesukaan dan pilihan mereka sahaja)saya jadi begitu teruja untuk belajar memasak.Ketiganya mempunyai citarasa yang berlainan dan pemilih makanan...aduhai!

Nama sebenar kek ini adalah Rich Marble Choco Cake Sheila Mambo.Saya tak letak kat tajuk utama sebab namanya panjang sangat.Rasa Rich Marble Choco Cake ini sedap juga kerana di tambah dengan coklat di dalamnya.Tapi marble yang saya buat tak menjadi.Kita ni bab-bab food styling ..hancur!

RICH MARBLE CHOCO CAKE
Sumber:Noorsha.blogspot

Bahan-bahan
  • 125 gm .dark coklat-cincang dan cairkan
  • 125gm.mentega
  • 125 gm.gula kastor
  • 2 biji telur
  • 155 gm.tepung naik sendiri
  • 80 ml.susu cair
  • 1 sdt.ovalete
  • 1 sdt.esen vanila
 Cara membuatnya
  • Panaskan oven ke suhu 170'c.Ayak tepung dan ketepikan.
  • Pukul mentega ,gula dan ovalete sehingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji-sebiji .Bila setiap kali telur di masukkan terus memukul sebelum di masukkan telur yang satu lagi.Pukul lagi sehingga kembang.
  • Masukkan susu dan selang -seli dengan tepung. Kaup balikkan adunan sehingga sebati.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  • Satu bahagian masukkan dark coklat yang telah di cairkan.Satu bahagian lagi di biarkan warna asal.
  • Alaskan loyang kek,tuangkan adunan kosong diikuti adunan coklat .Lakukan berselang-seli sehingga habis.Lorekkan dengan garfu untuk menampakkan corak.
  • Bakar pada suhu 170'c selama 45 min.atau sehingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan