Ahad, 5 Februari 2012

IKAN GORENG CENCALUK





















Salam bahagia untuk semua...
Makan cencaluk lagi,kali ini masak dengan Ikan goreng pula.Di dalam resipi ini saya menggunakan Ikan Kembung yang besar.Masakannya tidak di tambah garam lagi kerana takut terlebih masin.Cencaluk yang di beli kat Melaka ini tidaklah masin sangat bila di masak.Sedang elok rasanya bila di makan bersama ikan goreng ini.
IKAN GORENG CENCALUK
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan kembung besar
  • 5sdb. cencaluk
  • 1 biji cili hijau besar
  • 1 biji cili merah besar
  • 2 biji cili padi
  • 1 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 ulas bawang putih-cincang
  • sedikit halia-cincang
Cara membuatnya
  • Bersihkan ikan dan letak sedikit lada sulah.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan(jangan terlalu garing).Angkat dan ketepikan.
  • Sementara itu hiris nipis lada hijau dan lada merah serta cili padi di hiris halus.
  • Panaskan sedikit minyak lagi dan masukkan bawang besar dadu,bawang putih dan halia serta tumiskan hingga naik bau.
  • Masukan sedikit air dan tambahkan cencaluk serta lada hiris.Goreng sebentar da masukkan ikan goreng tadi dan gaul rata.
  • Biarkan sebentar hingga nampak kering sedikit dan bolehlah di angkat dan di hidangkan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan