Isnin, 6 Februari 2012

PUDING KUKUS DELIMA ISTANA


ISNIN,6 FEBRUARI 2012
"Buat baik pada mereka yang baik terhadap kamu,lupakan orang yang tidak baik kepada kamu-Chef Azura.

PUDING KUKUS DELIMA ISTANA
Sumber:Kak Wan@resipi Citarasawan

Bahan-bahan
  • 37.8 agar-agar tali
Bancuhan telur
  • 3 cawan air
  • 1 cawan sirap koktel(dari 1 tin fruit cocktail)
  • 1 tin susu cair/susu segar
  • 1 tin susu pekat manis
  • 6 biji telur-di pukul dahulu.
  • 1 sdt.esen vanila
Bahan taburan
  • 1/2 tin buah koktel
  • 1 cawan mixed fruits

    Cara membuatnya
    • Rendam agar-agar selama 4 jam.Toskan tanpa memotong agar-agar tadi.
    • Panaskan pengukus.
    • Di dalam bekas lain,satukan semua bahan bancuhan telur,pukul ringan hingga rata.Tapiskan .
    • Basahkan loyang dan penuhi dasar loyang dengan agar-agar tali.Kemudian tabur dengan sedikit bahan taburan hingga rata.
    • Tuang pula bancuhan telur hingga menutupi agar-agar dan buah tadi.
    • Ulang melapis berselang-seli agar-agar,buah dan bancuhan telur hingga habis.Lapisan terakhir tabur dengan buah-buahan di atasnya.
    • Kukus sekurang-kurangnya 1 1/2-2 jam .Kukus sekejap akan menyebabkan agar-agar tidak larut.
    • Bila masak,angkat dan sejukkan sedikit barulah di sejukkan di dalam peti sejuk.
    ** Saya merendam agar-agar semalaman untuk menjimatkan masa mengukus.
    ** Adunan resipi di atas adalah amat banyak,saya cuma membuat separuh dari adunan.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan