style="text-align: center"

Rabu, 1 Februari 2012

KUIH LAPIS INDAH






















Salam bahagia buat semua..kembali bertemu.Sambil-sambil menunggu nasi air yang sedang di masak,cadangnya untuk di bawa bekal ke tempat kerja esok,saya ingin berkongsi resipi Kuih lapis ini.Saya terjumpa resipi Kuih lapis yang mudah ini di dalam Majalah Saji.Bila buat praktikal kat dapur menjadi pula dan sedap di makan,tetapi tidak berapa cun lapisannya.                                                                 
KUIH LAPIS
Sumber:Majalah Saji.

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula 
  • 4 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sdk.garam
  • pewarna merah/warna pilihan
Cara membuatnya
  • Panaskan loyang dalam pengukus dahulu dengan api sederhana.
  • Campurkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga halus.Kemudian tapiskan adunan.
  • Asingkan adunan kepada dua bahagian.Letakkan pewarna merah pada satu bahagian.
  • Satu bahagian lagi di biarkan warna putih  atau warna pilihan.
  • Masukkan 2 senduk kecil adunan warna putih/kuning ke dalam loyang dan kukus hingga masak.Lapiskan pula dengan adunan warna merah.
  • Lakukan langkah ini sehingga habis.
  • Setelah masak ,angkat dan biarkan sejuk sebelum di potong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan