style="text-align: center"

Khamis, 2 Februari 2012

UDANG MASAK LEMAK CILI API


UDANG MASAK LEMAK CILI API
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 500 gm.udang 
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm.kunyit hidup
  • 2 cm.halia
  • 10 biji cili padi
  • santan secukupnya
  • 1 batang serai 
  • 1 keping asam gelugur
  • garam/gula sebagai perasa
  • 2 helai daun limau purut
 Cara membuatnya
  • Kisar bawang merah,bawang putih,halia dan kunyit.Cili padi di tumbuk kasar.
  • Masukkan santan kedalam periuk dan tambahkan bahan-bahan kisar dan cili padi.
  • Masak santan hingga mendidih dengan api sederhana.Masukkan serai,daun limau purut dan asam keping.
  • Masukkan udang dan kacau rata dan biarkan sebentar hingga mendidih sekali lagi.
  • Tambahkan garam dan gula sebagai perasa dan biarkan hingga udang masak(kulit udang bertukar kemerahan).
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan