style="text-align: center"

Rabu, 8 Februari 2012

PUDING SOYA CINCAU

PUDING SOYA CINCAU
Sumber:Majalah Mingguan Wanita 2008

Bahan-bahan untuk soya dadu
  • 250 ml.air soya
  • 60 gm.gula/ikut sukatan sendiri
  • 1/4 paket serbuk agar-agar
Bahan-bahan lain
  • 250 ml.air
  • 60 gm.gula/ikut sukatan sendiri
  • 1/4 paket serbuk agar-agar
  • agar-agar soya-dadu
  • cincau-dadu
  • cendol
  • kek span-potong nipis

Cara membuat soya dadu
  • Panaskan air soya bersama gula dan serbuk agar-agar.
  • Setelah itu tuangkan ke dalam loyang dan biarkan ia sejuk dan di letak di dalam peti ais supaya cepat pejal(boleh juga di sediakan lebih awal dan simpan di dalam peti sejuk).
  • Setelah pejal potong dadu dan ketepikan.
Cara membuat puding
  • Ambil bekas puding yang kecil/gelas /loyang kuih dan letakkan soya dadu dan cincau dadu di dasar bekas dan ratakan .
  • Panaskan air,gula dan serbuk agar-agar.Bila mendidih tuangkan sedikit kedalam bekas yang ada soya dan cincau dadu tadi.
  • Sementara itu pula potong kek span ikut bentuk bekas puding,jika menggunakan loyang aturkan kek span supaya memenuhi loyang.
  • Biarkan ia menutupi lapisan agar-agar.Tekan sedikit supaya ia melekat.
  • Setelah itu tuangkan sedikit lagi bancuhan agar-agar tadi dan biarkan seketika.
  • Kemudian masukkan cendol dan tuang kembali bancuhan agar-agar(saya letak warna hijau pada agar-agar ini)hingga habis.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk.Bila keras bolehlah di hidangkan.
 ** Saya menggunakan agar-agar tali di dalam resipi ini dan agar-agarnya di letakkan di dalam bekas kuih yang besar.Bahan -bahan lain juga telah di ubah-suai sukatannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan