Khamis, 9 Februari 2012

PERIA GORENG RANGUP

Salam bahagia buat semua..
Khamis,9 Februari 2012

Hari ini main masak-masak dari pagi sampailah ke tengahari.Masak yang mudah sahaja iaitu Peria Goreng Rangup,Ikan rebus goreng.Tiada lauk berkuah kerana anak-anak tidak suka makan nasi dengan kuah.Memandangkan esoknya saya bekerja pada hari Jumaat,saya buat 2 jenis puding untuk saya sendiri,Kek Coklat Basah tanpa telur untuk anak-anak dan pastri sosej untuk my bodyguard yang kalau dok tengok tv malam-malam tu selalu saja cari makanan dalam peti sejuk!.Gambar dan resipinya akan saya entri kemudian nanti.
Hari ini saya ingin kongsikan di sini resipi Peria Goreng Rangup.

PERIA GORENG RANGUP
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 biji buah peria-saiz sederhana
  • 1 biji lada merah besar-potong nipis
  • 1 biji lada hijau besar-potong nipis
  • tepung goreng berempah serbaguna Adabi (dalam kotak)
  • 1 biji telur
  • minyak secukupnya
  • 2 sdb.garam
Cara membuatnya
  • Basuh buah peria dan potong nipis.Masukkan air ke dalam bekas dan tambahkan 2 sudu besar garam mesin,kacaukan supaya garam larut.
  • Masukkan buah peria yang telah di potong tadi dan rendam dalam air garam selama 15 min.Ini adalah untuk mengurangkan kepahitan buah peria.
  • Setelah di rendam,ramaskan sedikit buah peria dalam air garam dan toskan.
  • Panaskan minyak dan pecahkan telur serta kacau sedikit ,kemudian gaulkan dengan peria tadi.
  • Gaulkan pula dengan tepung goreng berempah dan goreng di dalam minyak yang panas.
  • Semasa di dalam kuali pisah-pisahkan peria supaya tidak melekat.
  • Goreng peria hingga kelihatan agak garing kemudian masukkan cili merah dan hijau.
  • Goreng sebentar dan bolehlah di angkat.
** Garam tidak perlu lagi di tambah kerana tepung goreng berempah sudah cukup rasa masinnya.

1 ulasan: