Doh Asas Roti Manis
Sumber resepi: Rosmarlina @ jintanmanis.com.TQ
Bahan-bahan
- 300 gm tepung roti
- 50 gm tepung gandum
- 2 sudu besar susu tepung@skim milk
- 3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
- 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
- 2 sudu besar mentega/marjerin
- 180ml susu suam/air suam
- 2 sudu kecil yis
- 1 sudu kecil bread improver/ boleh ganti dengan 2 sdb.water roux.
Baki telur+2 sudu besar susu segar/air dan beberapa titik madu.
Cara-cara ( Doh Roti)
- Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah seterusnya(**) di bawah.
- Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
- Tip untuk dapat doh yang lembut, ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastik tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
- ** Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari,setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
- Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya. Selamat Mencuba
**Tip tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan