Isnin, 6 Februari 2012

TAT TELUR PORTUGIS

Salam bahagia buat semua..
Hari ini buat tat guna pastri puff yang masih ada dua pek dalam peti sejuk.Tat Telur Portugis ni sedap juga bila di gunakan pastri puff ready made.Lagi senang dan cepat boleh di makan.waa..tak sempat nak makan,semuanya kakak makan!
TAT TELUR PORTUGIS
Sumber:Noorsha.blogspot

Bahan untuk crust
  • 1 paket pastri puff(10 keping)
Bahan filling
  • 1 cawan susu cair/susu segar
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 2 sdb.tepung kastard
  • 1sdk.esen vanila
  • secubit garam
  • 1 biji kuning telur- utk sapuan atas puff.
Cara buat crust
  • Ambil sekeping pastri puff,canai/gelek supaya nipis sedikit dan tekan rata-rata ke dalam bekas tat/ramekin.
Cara buat filing
  • Pukul  ringan telur dan gula sampai sebati.Panaskan oven terlebih dahulu.
  • Masukkan susu cair,esen vanila dan tepung kastard dan secubit garam.Kacau sebati dan tapiskan adunan.
  • Tuangkan bahan filling ke dalam pastri puff tadi.Sapukan kuning telur di sekeliling kulit puff.
  • Bakar pada suhu 190'C selama 30 min.atau sehingga masak.
** Kalau guna acuan tat,satu keping pastri puff boleh dapat dua biji tat(potong dua).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan