style="text-align: center"

Khamis, 15 Mac 2012

THE MOST FABULOUS BANANA CAKE


Salam bahagia buat semua...

Sukenyaaa..hari ini dapat bersiaran semula .Kabel telefon yang telah di 'culik' telah di sambung sepenuhnya(mujur 2 minggu sahaja).Harapnya dia orang letak high voltage saja kat kabel tu...he..he
Kita terus saja pada tatapan resipi istimewa kali ini iaitu The most fabulous banana cake.
Ia adalah kek kesukaan- My not so lil' Mr. Azim.Sekali makan sampai 4 biji.Mama.. ,lain kali buat lagi.Dalam sehari dah sapu bersih!.Mujur cawan kertasnya tidak di makan sekali...
Semasa gambar ini di ambil dia ada di sebelah tengah tunggu nak makan.Sabar ajelah...


THE MOST FABULOUS BANANA CAKE
Sumber:Sinaran menu.blogspot.tq!
Resipinya sebenarnya dalam B.Inggeris yang telah ditulis semula oleh saya .

Bahan-bahan
  • 110 gm.tepung gandum
  • 1 1/2 sdt.baking powder
  • 1/2 sdt.garam
  • 1/4 sdt.soda bicarbonat
  • 1 biji pisang besar(3/4 cawan selepas di hancurkan)
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan mentega
  • 50 ml sour cream/buttermilk(50 ml.fresh milk campur 1 sdt.cuka)
  • 1 sdt. esen vanila
Cara membuatnya
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.
  • Hancurkan pisang dengan garfu.
  • Pukul gula dan telur bersama hingga kembang,tambahkan pisang yang telah di hancurkan tadi.
  • Kemudian tambahkan mentega,dan pukul untuk selama 1 minit lagi sehingga adunan kelihatan pekat dan berkrim.
  • Kemudian tambahkan sour cream/buttermilk dan esen vanila.Pukul sekali lalu sahaja.Jangan terlebih pukul.
  • Masukkan ke dalam acuan pilihan dan bakar pada suhu 180'C selama 40 min.atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
  • Bahagian atasnya akan kelihatan perang keemasan bila kek masak.Sejukkan seketika dan bolehlah di hidangkan.
**Adunan ini menghasilkan 12 biji kek kecil seperti dalam gambar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan