style="text-align: center"

Selasa, 29 Mei 2012

BAKING POWDER DAN BAKING SODA

APA BEZA BAKING POWDER DAN BAKING SODA.

Apabila membaca resipi kek atau roti ,kita akan bertemu dengan perkataan baking powder atau serbuk penaik atau baking soda,juga di sebut bicarbonat of soda atau soda bikarbonat.
Kedua-duanya adalah agen penaik tetapi ada perbezaan di antara keduanya.

Baking powder adalah agen penaik kimia yang disediakan secara komersial.Ia mengandungi sejenis asid(biasanya cream of tartar) dan sejenis alkali(soda bikarbonat).Kedua-dua bahan ini di campur dengan sejenis serbuk kanji atau tepung.

Adunan bahan-bahan ini akan terlarut apabila di gunakan dalam doh yang lembab dan bahan-bahan kimia akan bertindak untuk menghasilkan karbon dioksida.Apabila di bakar ia akan mengembang,sebab itulah kek dan roti yang mengandungi bahan ini akan menaik.

Sesetengah resipi pula memerlukan kita menggunakan double action baking powder.Bahan ini mengandungi dua jenis asid,satu mula bertindak dalam suhu bilik,manakala yang satu lagi bertindak pada suhu panas dalam ketuhar.

Baking soda atau soda bikarbonat juga adalah agen penaik yang di sediakan secara komersial.Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar.

Jangan terkeliru,kedua-duanya adalah agen penaik tetapi soda bikarbonat adalah salah satu bahan  yang terdapat di dalam baking powder atau serbuk penaik.

Sumber:SAJI November 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan