style="text-align: center"

Sabtu, 2 Jun 2012

TOMYAM CAMPUR


Salam bahagia buat semua...
Terasa begitu penatnya badan di sepanjang minggu ini,memenuhi jemputan kenduri.Hari-hari makan gulai daging,badan pun dah rasa berdaging-daging dan berlomak dah!!.Hari ini terasa nak makan tomyam pula.Bahan-bahan dah ada,jom masak tomyam...having my sweet time in the kitchen again.



TOMYAM CAMPUR 
Sumber:blog masakan Kak Norlie
Bahan-bahan
  • 10 ekor udang sederhana besar - bersihkan
  • sedikit isi ayam - dihiris nipis
  • 2 batang serai - dikerat dan diketuk hujungnya
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 helai daun limau purut - dikoyak
  • 1 biji tomato segar - dipotong kecil
  • 5- 8 tangkai cili api 
  • 1 ketul kiub tomyam
  • 1/2 sudu teh sos tiram/sos ikan
  • sedikit perahan jus limau 
  • air secukupnya 
  • sedikit gula garam
  • sedikit daun ketumbar - hiris, untuk memberi bau 

Cara membuatnya

  • Masak air hingga mendidih, masukkan serai, bawang, ayam, udang, kiub tomyam ,daun limau purut dan sos tiram.
  • Masak hingga mendidih sekali lagi dengan api yang perlahan.
  • Akhir sekali sebelum diangkat ,tambahkan garam dan gula serta jus limau nipis secukup rasa dan taburkan daun ketumbar ke dalam tomyam.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan