Jumaat, 8 Jun 2012

NORAISHA'S WEDDING

                      NORAISHA ASNI DAN ABDUL SYAHRIN

Salam bahagia buat semua...
Pada 2 jun yang lepas saya dan keluarga(he..he macam intro karangan pulak)telah menghadiri majlis perkahwinan di sebelah keluarga suami di Kampung Padang Landak,Jerteh Terengganu.Majlis perkahwinan ini di buat secara sederhana tetapi cukup meriah kerana saya dapat bertemu dengan semua orang di sebelah keluarga suami yang sudah lama saya tak jumpa.

Noraisha Asni yang di panggil Adik Nor di dalam keluarga kami adalah seorang guru yang mengajar di Kuala Lumpur dan pasangannya Abdul Syahrin juga adalah seorang guru yang berasal dari Sarawak dan sekarang ini sedang mengajar di Sarawak.Ini kira perkahwinan jarak jauh- nun di seberang lautan kita terpisah jua bila sekolah mula di buka.waaa..sedihnya!

Seperti biasa saya mengambil gambar dengan kamera cap ayam yang hampir rosak ni secara kelam-kabut di celah-celah kesibukan jurugambar lain yang kebanyakannya mengunakan kamera canggih(DLSR la tu!).Berbaloi-baloi sungguh untuk meng'upload' sekeping gambar perkahwinan di dalam blog ini mengambil masa hampir 2 jam.Gambar di atas sekali adalah ihsan dari our cousin yang hensem tu-Wan Hasyim Wan Rahim melalui kiriman e-mailnya kepada saya.Terimakasih di ucapkan di atas kiriman gambar -gambar yang lain.Selamat pengantin baru untuk Noraisha Asni dan Abdul Syahrin.Semoga berbahagia sehingga ke hujung nyawa.Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan