style="text-align: center"

Ahad, 10 Jun 2012

ORANGE YOGURT CAKE

Salam bahagia dan selamat bertemu kembali..
Sudah dua hari saya tidak menulis,apalagi sibuk memanjang di tambah dengan keletihan lagi.Hari saya ada sedikit masa untuk menulis dan mengeluarkan gambar yang masih banyak dalam draf.
Resipi untuk hari ini,nama melayunya  ialah Kek Oren Yogurt.Nak puji kek sekejap....ia adalah kek oren yang amat lembut dan gebu serta moist di tambah pula dengan rasa yogurt yang enak!sedapnyaaa...(dah peminat tegar kek tentulah cakap sedap).
                                                                
ORANGE YOGURT CAKE
Sumber:Dr Inahar cooking's time

Bahan-bahan
  • 250 gm.tepung naik sendiri
  • 250 gm.mentega
  • 250 gm.gula kastor
  • 4 biji telur M
  • 1 bekas yogurt(perisa pilihan)
  • 2 biji oren-ambil parutan kulit serta jusnya
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya
  • Panaskan oven ke 180'C dan griskan loyang dan alas dengan baking sheet.
  • Ayakkan tepung ke dalam mangkuk.
  • Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang dan gebu.
  • Kemudian masukkan telur satu-persatu.Pukul lagi hingga kembang sebelum di masukkan parutan kulit oren ,jus oren serta yogurt.Kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan tepung.Dengan mengunakan spatula plastik,kacau perlahan-lahan adunan tadi cukup sekadar rata.Pastikan semuanya sebati.
  • Bakar adunan selama lebih kurang 45-50 min.(ikut oven masing-masing).
  • Bila sejuk,bolehlah di hias kek dengan aising/oren glaze ikut suka...saya biarkan kosong begitu.
**saya menggunakan hanya 200gm.gula untuk kek ini dan 3 biji telur gred A.






1 ulasan: