style="text-align: center"

Rabu, 27 Jun 2012

BISKUT KELAPA






















Salam bahagia buat semua....
Hari pertama bercuti(tak minta pun tiba-tiba dapat cuti selama 4 hari!itupun rezeki juga).
Seperti biasa kalau bercuti tu banyak sungguh agendanya,daripada mengemas rumah,ladi drebar budak sekolah dan juga buka kelas masak sorang-sorang.Letihnya mengalahkan masa kerja.
Hari ini saya cuma masukkan entri yang dok terperap dalam draf sudah sekian lama.Sekarang kalau sambil-sambil buat kerja rumah ,gambar kena masukkan dalam draf dulu sebab punyalah lama dia nak uploadkan satu-satu gambar,buang masa menunggu(internet punya pasal).Kalau buat macam ni lagi senang,time nak tulis buka saja gambar dalam draf.Lagi cepat.
Banyak membebel pula,sebenarnya saya nak tulis pasal Biskut Kelapa yang gambar sudah terpampang tu.Dah melencong ke lain pulak!

BISKUT KELAPA
Sumber:Puteri Manja(FaceBook).thanks

Bahan-bahan
  • 225 tepung jagung 
  • 150 gm.tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
*semua bahan di atas di satukan dan di ayak.
  • 125 gm.gula aising
  • 75 gm.kelapa kering(di bakar sebentar dan di kisar halus)
  • 25 gm.serbuk badam
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sudu teh esen vanila 155 gm.mentega
Hiasan
  • ceri merah dadu
  • kelapa kering/toasted coconut
  • kuning telur -untuk sapuan
Cara membuatnya
  • Satukan kelapa kering yang di kisar dengan serbuk badam dan tepung yang di ayak tadi.Ketepikan
  • Pukul telur,gula aising dan esen vanila hingga berkrim.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil di gaul perlahan.Pada peringkat ini adunan akan menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus mengaul hingga adunan tadi menjadi doh yang lembut.
  • Canai doh dan terap mengikut acuan kegemaran dan susun di dalam dulang pembakar.
  • Sapu kuning telur,letak satu potongan kecil ceri dan taburkan kelapa kering.Buat sehingga habis.
  • Bakar dalam oven selama 12-15 minit pada suhu 150'C sehingga masak mengikut oven masing-masing.
  • Sejukkan biskut atas jaringan hingga betul-betul sejuk sebelum di simpan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan