As-Salam buat semua...
Projek buat bun kali ini sudah nampak kesan-kesan terbakarnya sebab si tukang masak dok baca berita dan lupa pula.Tengok-tengok bun dan nampak perang plas-plas.Mujur juga tidak hangit.Kalau hangit sapa nak makan?tong sampah la jawabnya.Bun ini saya letakkan inti epal parut yang di campurkan dengan gula merah dan serbuk kayu manis di tengahnya dan di makan bersama cream cheese frosting.Walaupun rupamu tak cantik dan sun burn tetapi ia telah berjaya membuatku kenyang!.
SWEET ROLL APPLE BUN
Sumber:jintanmanis.com(tq)
Bahan-bahannya
Untuk Doh
- 200 gm. tepung roti
- 1/3 sudu kecil garam
- 1 sudu besar skim milk/susu tepung
- 2 sudu besar gula
- 1/2 biji telur
- 1 1/2 sudu besar marjerin ( boleh ganti dengan mentega/ shortening)
- 100 ml. susu segar /air suam
- 1 1/2 sudu kecil yis
Untuk filling
- 2 sudu besar serbuk cinnamon
- 1/2 biji epal merah ( dipotong nipis ketebalan lebih kurang 1cm)-saya parut 1 biji epal
- sedikit gula
Untuk Toping - badam cincang atau badam slice
Cara membuatnya
Ambil buah epal yang siap dihiris tadi dan masukkan di dalam
periuk, kemudian curah 1/2 cawan air dan 2 sudu besar gula, masak
sehingga hirisan epal agak layu dan air kering, angkat dan sejukkan.
Cara saya
Ambil epal parut ,perah sedikit airnya dan campurkan bersama gula perang
- Kaedah uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastik, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5-10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
- Terap Doh memanjang, panjang lebih kurang 30cm dan ketebalan 2cm, taburkan permukaan doh dengan 1 sudu besar serbuk cinamon dan 2 sudu kecil gula, ratakan ke seluruh doh, dan akhir sekali susun pula hirisan epal tadi.(saya taburkan epal parut dan ratakan)
- Gulung doh memanjang dan potong doh pada 5 atau 6 bahagian, atur di dalam acuan bulat berukuran 18cm. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, glis permukaan doh dengan 1 sudu kecil susu segar dan beberapa titik madu(saya glis dengan egg-wash) dan toppingkan dengan badam cincang atau badam slice.
- Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 23 minit atau sehingga permukaan bun perang.
- Setelah siap dibakar glis pemukaan roti dengan marjerin untuk doh lebih berkilat, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun.
- Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan