Khamis, 21 Jun 2012

CUCUR SUSU LEMAK MANIS


Salam bahagia buat semua..
Sekarang ni kalau entri resipi di ruangan kesukaan saya ini,sudah tidak dapat nak menulis panjang-panjang lagi.Cukup dua tiga baris kemudian terus tulis resipi,nampak sangat nak cepat-cepat.Saya rasa tahun 2012 tahun yang agak sibuk juga pada saya(ke saya yang buat-buat sibuk!)..siap ada masa lagi tu nak jadi penulis blog .
























CUCUR SUSU LEMAK MANIS
Sumber:Fida@My resipi

Bahan-bahan
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 6 sudu besar susu pekat manis(lebihkan jika suka manis)
  • 1/2 cawan susu segar /susu cair
  • garam secukup rasa
Cara membuatnya
  • Ayak bahan-bahan kering ke dalam mangkuk.
  • Masukkan susu pekat manis dan susu segar sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga adunan menjadi licin dan sebati.
  • Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil di balik-balikkan untuk mendapatkan cucur yang bulat dan warna keperangan.
  • Angkat cucur dan toskan.Sedia untuk di hidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan