Sabtu, 23 Jun 2012

RED VELVET CAKE

Salam bahagia buat semua..
Aaaakhirnya...saya tergoda juga untuk membuat  kek ini.Selalu sahaja jumpa resipi  kat blog lain yang memuji kek ini sedap(bagi saya boleh tahan juga).Dalam banyak -banyak resipi tu ,saya terjumpa dengan resipi ini yang lain dari yang biasa kita baca iaitu menggunakan buah naga.
Hirisan Kek baldu merah yang lembut,gebu dan enak menjadi kegilaan pengemar kek masa kini.Rasanya yang manis dan berwarna merah membuatkan sesiapa yang memandangnya terliur(seperti saya..hee..hee).
Cerita kek...
Resipi kek ini adalah dari Chef Eswaran Sinayah ,Cinnamon Coffee House,Hotel One World Petaling Jaya.Ia di siarkan di dalam akhbar Harian Metro April 2012.
Menurutnya kek yang di sediakan ini berbeza, berikutan pewarna merah yang di gunakan sangat sedikit tetapi di gantikan dengan kelazatan rasa dan warna merah buah naga.
Sambung cerita kek...
Menurut beliau lagi,buah naga yang berwarna merah di campurkan dengan pewarna merah menambahkan lagi seri warna kek ini agar ia sesuai dengan perkataan Red Velvet atau baldu merah.Campuran ini sekaligus akan membuatkan sesiapa yang merasainya akan tergigit kisaran buah naga segar.
Ia satu kelainan kerana Kek Red Velvet ini mempunyai rasa buah naga dan bukannya semata-mata berwarna merah.Satu lagi kelainan pada resipi ini ialah ia tidak menggunakan buttermilk seperti kebanyakkan Kek Red Velvet yang lain.Tapikan yang saya buat ni tak pula terasa sangat buah naganya!(pada lidah saya),cuma keknya agak lembab dan gebu.Enak juga!!.
.
RED VELVET CAKE(KEK BALDU MERAH)
Sumber:Chef Eswaran Sinayah

Bahan-bahan
  • 200 gm. mentega
  • 270 gm .gula kastor
  • 1sudu teh esen vanila
  • 3 biji telur
  • 240 gm .tepung kek
  • 3 gm .serbuk penaik
  • 5 gm .serbuk koko
  • 1 sudu teh pewarna merah
  • 20 ml.cuka makan
  • 50 ml.buah naga kisar
  • 100 ml.mentega cair
Bahan krim untuk hiasan (topping)-rasanya tidak begitu manis
  • 125 gram krim keju
  • 500 gm.mentega
  • 75 gm.gula aising
  • 2 gm.esen vanila
**Saya tidak menggunakan topping ini sebaliknya menggunakan resipi topping dari Azlita Masam Manis seperti di bawah.
  • 125 gm krim cheese
  • 50 gm.mentega tanpa garam
  • 110 gula aising
  • 1 cawan fresh cream
Cara membuatnya
Cream Cheese frosting:
  • Pukul cream cheese dan mentega sehingga lembut.
  • Tukarkan speed pengadun ke speed lebih rendah dan tambah gula aising sedikit demi sedikit.Putar hingga semuanya sebati.
  • Dengan menggunakan spatula ,masukkan krim putar dan gaul sebati.
  • Sedia untuk di gunakan pada kek.
**saya mengandakan adunan cream cheese frosting ini.


























Cara membuat kek.
  • Masukkan mentega dan gula kastor ke dalam mesin pengadun,putar dengan kelajuan sederhana selama 5 min.sehingga kembang.
  • Masukkan esen vanila dan telur satu-persatu,sebelum teruskan memutar selama 3 minit.
  • Campurkan serbuk penaik,serbuk koko dan tepung kek yang sudah di gaul terlebih dahulu ke dalam adunan.Gaul hingga sebati.
  • Masukkan cuka masakan ,pewarna merah dan buah naga yang di kisar lalu menggunakan kelajuan tahap minimun.
  • Seterusya tuang mentega cair ke dalam adunan perlahan- lahan.Masukkan ke dalam acuan yang berlapik baking sheet.
  • Bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 40-45 minit bergantung pada oven masing-masing sehingga masak.
  • Sejukkan kek sebelum di hias menggunakan Cream Cheese frosting mengikut kretiviti sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan