style="text-align: center"

Rabu, 20 Jun 2012

ROTI BAKAR PISANG COKLAT

























As-Salam buat semua...
Saya ingin kongsikan satu lagi resipi buat minum petang-Roti Bakar Pisang Coklat .Sedap di makan bersama secawan teh atau nescafe.Bertambah sedap jika di letakkan sedikit keju parut di atas pisang sebelum membakarnya.

ROTI BAKAR PISANG COKLAT
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 4 keping roti sandwich
  • 2 biji pisang berangan
  • sos coklat Hershey's/coklat masakan yang di cairkan
  • Planta marjerin/mentega untuk sapuan roti
  • keju parut secukupnya(pilihan)
Cara membuatnya
  • Sapukan planta/mentega pada setiap keping roti .
  • Potong pisang secara membulat dan susunkan di atas roti. tadi.Picitkan sos coklat di atasnya.Jika suka taburkan keju parut
  • Susun pisang dan potong tepinya.Panaskan non-stick pan.
  • Letakkan sedikit planta dan bakar roti hingga keperangan.
  • Sedia untuk di hidangkan.Roti bakar yang sedap!

1 ulasan:

  1. Mcm banana chocolate crepe kat Paris..juz replace dgn roti kan sis

    BalasPadam