Sabtu, 7 Julai 2012

DOUBLE CHOCOLATE DRIZZLE BROWNIES




Salam bahagia buat semua...
Yeaa..hari ini saya bercuti,apalagi yang lebih seronok selain dari menulis blog,boleh masak-masak dan yang penting sekali boleh tidur....saya minta maaf kerana mutu gambar kurang jelas,ambil masa awan berarak mendung di langit dan juga berarak mendung dalam hati.Benar juga kata jurugambar professional ,kalau tak ada mood jangan ambil gambar,nanti hasilnya tidak memuaskan hati!
DOUBLE CHOCOLATE DRIZZLE BROWNIES
Sumber:ovenkecil.blogspot.com/Naz-Cute Oven Small Kitchen.Tenkiu!!!

Bahan-bahan brownies
  • 250 gm mentega
  • 1 cawan serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2  cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan tepung gandum* (bahan bertanda * - ayak bersama)
  • 1 sudu teh serbuk penaik*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara membuatnya
  • Cairkan mentega. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  • Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter dan koko. Kacau sebati.
  • Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  • Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  • Panaskan oven pada suhu 175 C. Alaskan loyang 10 inci X 10 inci dengan baking paper . Biarkan kertas berjuntai pada dua belah sisi loyang yang bertentangan agar mudah mengeluarkan brownies bila telah masak nanti.
  • Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan permukaannya. 
  • Bakar selama 20 minit atau hingga masak menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan Drizzle
  • 50 gm coklat masakan (perisa coklat)
  • 50 gm coklat masakan (perisa oren) saya guna coklat putih
  • 1/4 sudu teh mentega/marjerin(perisa coklat) dan 1/4 sudu teh mentega(coklat oren)
Cara-cara
  • Cairkan coklat masakan (perisa coklat) secara double boil. Apabila coklat telah cair, masukkan 1/4 sudu teh mentega atau majerin dan gaul rata hingga mentega atau majerin cair. Buat langkah yang sama untuk coklat masakan (perisa oren) pula.
  • Masukkan dua jenis coklat masakan ke dalam 2 beg plastik yang berasingan. Gunting sedikit hujung plastik dan drizzle coklat masakan ke atas permukaan brownies yang telah sejuk. Taburkan hiasan gula samada sugar ball atau chocolate rice di atasnya untuk kelihatan lebih menarik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan