Sabtu, 7 Julai 2012

SAMBAL BILIS PETAI BELALANG



 Pokok Petai Belalang atau nama saintifiknya Leucaena leucocephala merupakan sejenis pokok rendang tropika yang biasa tumbuh di kawasan semak samun. Ia juga ditanam sebagai serat dan makanan haiwan ternakan. Ia boleh 
mencapai ketinggian hingga 10 meter.Buahnya berbentuk pipih seperti buah petai cuma bijinya kecil dan buahnya juga nipis dan ia tidak berbau seperti petai yang biasa kita makan.Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi perang apabila matang. Di sesetengah tempat di Indonesia bijinya di jadikan tempe.Tumbuhan ini sukakan cahaya matahari yang cukup dan membiak melalui biji benih.Sumber:Wikipedia

SAMBAL BILIS PETAI BELALANG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 cawan ikan bilis-rendam sekejap dan toskan
  • 1/2 cawan petai belalang-di rebus hingga lembut
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 /2 labu bawang besar-potong kecil
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar sos lada hitam
  • gula/garam secukup rasa
  • minyak secukupnya untuk menumis
Cara membuatnya  
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan putih hingga naik baunya.
  • Masukkan cili kering dan goreng hingga cili masak.
  • Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram dan sedikit sos lada hitam.
  • Masakkan sebentar semua bahan-bahan, kemudian tambahkan ikan bilis dan petai belalang.Masukkan sedikit air.Masak semuanya hingga naik minyak.Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  • Bila rasanya sudah sesuai dengan citarasa kita, bolehlah di angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan