Selasa, 10 Julai 2012

KEK CAWAN KUKUS KOKO

Salam bahagia untuk semua yang membaca...

Kek Cawan Kukus Koko yang lembut dan gebu dan ia juga tidaklah manis sangat.Resipi dari Paty's Kitchen yang di ambil dari Majalah Saji.Saya menghiasnya dengan aising krim putar dengan taburan coklat rice warna-warni.

KEK CAWAN KUKUS KOKO/STEAM COCOA CUPCAKE
Sumber;Paty's Kitchen.Tq!

Bahan-bahan
  • 1 cawan gula
  • 4 biji telur
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko atau mocha
  • 1 sdt soda
  • 1 sdt baking powder 
  •  1 sdt esen vanilla

Cara membuatnya 

  • Alas acuan muffin dengan paper cup
  • Ayak semua bahan kering dan letak sebelah
  • Pukul telur dan gula sehingga naik.
  • Masukkan air panas, susu pekat dan minyak jagung dan esen vanila
  • Masukkan bahan kering.
  • Masukkan adunan dalam acuan yang disediakan dan kukus selama 15-20  minit .
  • Sejukkan dan hias mengikut kreativiti sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan