Ahad, 8 Julai 2012

PASTRY PALMIERS

Salam bahagia buat semua..
Hari ini saya hidangkan Pastry Palmiers untuk anda semua tapi kat alam maya lah ye.Macam mana nak makan, dok tengok dalam gambar sahaja.Pastri ini sedap di makan sebagai kudapan hidangan petang bersama secawan teh.Saya menggunakan pastri puff ready made sahaja.Nak buat sendiri pastri tak berapa rajin pula campur darab dengan tak berapa pandai.Rajin bahagian makan sahaja!.                                                                     
 
PASTRI PALMIERS
Sumber:blog Tiffin Biru.Tq!

Bahan-bahan
  • 4-5 keping puff pastry jenama Kawan 4x4 inci
  • mentega cair secukupnya
  • gula kastor secukupnya   saya guna gula perang/soft brown sugar campur sedikit serbuk kayu manis
Cara membuatnya
  • Ambil puff pastri(ia biasanya sejuk-beku).Biar pada suhu bilik sekejap supaya ia lembut sedikit.
  • Taburkan tepung pada papan canai dan letak sekeping puff pastri di atasnya.Sapu mentega dan tabur gula halus.
  • Kemudian dengan berhati-hati gulung kedua-dua bahagian hingga bertemu seperti dalam gambar di atas.
  • Rapatkan dan gelek perlahan hinga ia sedikit melekat.
  • Kerat kepada 10 bahagian yang sama saiz. Kemaskan dan susun dalam loyang pembakar yang di lengser sedikit mentega.
  • Buat hingga siap.Bakar dalam oven pada suhu 190'C selama 20-25 min.atau sehingga kuning keemasan.
  • Sejukkan sekejap sebelum di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan