style="text-align: center"

Jumaat, 6 Julai 2012

PAU KACANG MERAH























Salam bahagia buat semua...
Bertemu lagi kita di sini .Kali ini saya cuba buat pau pula.Dah dua kali tepung pau dalam almari Doraemon tu luput tarikh, tak jadi-jadi nak buat .Lepas jumpa resipi kat blog qasehmu-abadi dari Jane Chew barulah saya teringin untuk cuba membuatnya. Tapiiii...uwaaaa.. pau ku tak licin macam pipi Siti Nurhaliza!walaupun begitu ia gebu juga.Tapi tak pe la kita tayang juga kat sini.Lain kali kita tayang pau yang halus mulus putih melepak pula!.
PAU KACANG MERAH
Sumber:Jane Chew dari blog Di sini segalanya bermula.
Terjemahan :Arah

Bahan A
  • 300 gm .tepung Hong Kong  saya guna tepung pau
  • 150 gm .susu segar
  • 50 gm .gula kastor
  • 1 1/2 sudu makan shortening 
  • 1 sudu teh yis
  • sedikit garam
Bahan B
  • 1 sudu teh double action baking powder campur 1 sudu makan air.
Inti
  • inti kacang merah secukupnya,bulat-bulatkan dan ketepikan.
Cara membuatnya
  • Satukan semua bahan A dan uli sehingga tidak melekat di tangan.
  • Tutut dengan tuala lembab atau cling wrap dan penaikkan doh pau sehingga dua kali ganda-lebih kurang 45min-1 jam.
  • Satukan bahan B  dan uli doh kembali sehingga sebati dan rehatkan lagi selama 15 min. sebelum di bentukkan bulat.
  • Kemudian bahagikan doh kepada 16 bahagian seberat 35 gm.setiap satu.
  • Isikan dengan inti kacang merah atau inti pilihan dan tutupkan rapat-rapat untuk elakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti.
  • Buat sampai habis dan susunkan ke atas dulang pengukus.Rehatkan kembali selama 30 min.
  • Sementara itu panaskan kukusan sehingga  air mendidih.
  • Kukuskan pau di atas api besar selama 10 min. dan renggangkan sedikit penutup pengukus dan kukus lagi selama 5 min.Tutup api dan biar di dalam pengukus selama 3 min-5 min. lagi.Hidangkan panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan