Salam bahagia di bulan Ramadhan ini....
Pengat durian yang saya buat ini untuk berbuka puasa pada hari ketiga yang di makan dengan roti putih. Anak-anak semua makan Nasi lemak dan Ayam goreng madu,Sambal ikan bilis dan Telur rebus yang saya buat lebih awal lagi(tu dia tengah dok senyum tu!!).Biasanya untuk berbuka puasa saya jarang ambil nasi dan makanan berat untuk elak badan jadi letih terutama jika kerja malam. Di bulan puasa ini tiada siapa pun yang akan makan buah durian itu.Buat pengat pun saya sorang juga yang makan!
PENGAT DURIAN
Sumber:daridapursuzana
Bahan-bahan
- 7 ulas durian-saiz besar
- 4 keping gula melaka
- gula pasir-sukatan ikut citarasa sendiri
- 3 cawan santan pekat
- secubit garam
- 3 helai daun pandan-di simpul
- 3 cawan air
Cara membuatnya
- Masukkan air,santan pekat,daun pandan, gula melaka dan secubit garam ke dalam periuk.
- Masak di atas api yang perlahan sambil sentiasa di kacau supaya santan tidak berketul dan pecah minyak.
- Bila santan hampir masak ,masukkan ulas durian dan kacau perlahan-lahan supaya sebati dan mesra dengan kuah.
- Sesuaikan kemanisannya dan bolehlah di angkat
*isi durian tidak boleh di masak lama kerana ia akan tertanggal dari ulasnya.
*boleh di tanbahkan bahan lain seperti sagu dan kacang hijau yang telah di rebus terlebih dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan