Rabu, 1 Ogos 2012

AYAM MASAK LADA HITAM























Sumber gambar:FB
Salam bahagia buat semua...
Banyak betul kejutan yang berlaku di sepanjang minggu ini.Dugaan di bulan Ramadhan selain dari lapar dan dahaga, ia banyak menguji kesabaran diri kita terutama di tempat kerja.Banyak perkara yang berlaku menginsafkan saya tentang karenah manusia  yang berada di sekeliling kita.
Mengingatkan kepada diri sendiri,.....untuk menjadi seorang ketua yang baik,kita perlulah solve the problem,not create the problem!.
Juadah berbuka puasa semalam....
AYAM MASAK LADA HITAM
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 keping dada ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 susu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk kunyit
  •  sos nampla dan gula secukup rasa
Cara membuatnya
  • Bersihkan dada ayam dan potong dadu.
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
  • Gaulkan bawang dengan dada ayam bersama dengan kicap manis,serbuk lada hitam,sos tiram dan sedikit serbuk kunyit serta gula.
  • Perapkan selama 15 min.supaya bahan-bahan mesra.
  • Panaskan sedikit minyak dan masukkan dada ayam perap tadi
  • Goreng dengan api sederhana hingga masak.Masukkan sos nampla secukup rasa.
  • Gorengkan sebentar lagi dan bila rasanya sesuai bolehlah di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan