Khamis, 2 Ogos 2012

PUDING JAGUNG LAPIS BISKUT

Salam bahagia buat semua...
Satu lagi resipi puding di bulan Ramadhan ini.Oleh kerana saya tidak berapa suka membeli kuih,selang 2-3 hari sekali saya akan membuat dessert/puding untuk di makan semasa berbuka nanti,biasanya saya akan membuat separuh dari adunan asal supaya cepat habis dan dapat buat  yang lain pula.Puding ini agak lembik sedikit.Jadi kepada sesiapa yang ingin membuatnya bolehlah menambahkan sedikit tepung kastard lagi supaya ia keras sedikit.
PUDING JAGUNG LAPIS BISKUT
Sumber:resipi chef hanieliza

Bahan A
  • 1 1/2 cawan  jagung krim dalam tin
  • 1 tin susu sejat(400 ml.)
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastard  boleh letak 3 sudu jika ingin keras sedikit
  • 2 sudu makan marjerin/mentega
Bahan B
  • biskut keju tawar secukupnya  saya guna jenama Ritz)
  • buah koktel dalam tin  saya guna buah peach dalam tin dan        anggur
Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan kacau rata.
  • Masak di atas api perlahan sambil terus mengacau sehingga pekat.
  • Masukkan marjerin/mentega dan kacau lagi sehingga berkilat.Tutup api.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian,sendukkan  satu bahagian ke dalam loyang dan ratakan.
  • Susun biskut keju di atas adunan puding dan ulangi melapis dengan adunan puding hingga siap.
  • Bahagian atas sekali akhiri dengan lapisan puding.
  • sejukkan dalam peti ais dan hias dengan buah-buahan koktel.
*saya buat 3 lapisan puding dan 2 lapisan biskut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan