style="text-align: center"

Ahad, 5 Ogos 2012

BUNJUT EPAL



























Salam bahagia buat semua...
Semoga anda semua sentiasa berbahagia menyambut Ramadhan kali ini.Amin.
Satu lagi kudapan minum petang atau sebagai pembuka selera iaitu Bunjut Epal.Entah dari mana datangnya idea nak buat macam ni.Tiba-tiba sahaja sel-sel neuron otak bercantum lalu membentuk kudapan ini.he...he!!.

BUNJUT EPAL
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan inti
  • 2 biji epal merah-potong dadu kecil
  • 2 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kismis
  • 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • dan kulit popia secukupnya-saiz kecil
Cara membuatnya
  • Gaulkan epal dadu bersama gula perang dan kismis serta serbuk kulit kayu manis.
  • Panaskan sebentar biar gula larut dan sebati dengan inti epal.Angkat dan sejukkan.
  • Ambil 2 keping kulit popia,bentangkan bersama  dan  letak intinya sedikit di tengah-tengah.
  • Buat seperti bunjut sup dan ikat dengan benang .
  • Selepas di ikat,bukakan bahagian atasnya supaya kelihatan seperti bunga .
  • Panaskan minyak untuk goreng terendam.
  • Perlahan-lahan masukkan Bunjut epal di dalam minyak dengan bahagian atas/bunga terlebih dahulu ke dalam minyak.
  • Apabila nampak sedikit perang bolehlah di terbalikkan kebawah pula.
  • Buat satu-satu sehingga habis.Sejukkan sebentar, potong benangnya sebelum di hidangkan.
*kalau nak makan tu ,janganlah makan dengan benangnya sekali ye!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan