Isnin, 6 Ogos 2012

GULAI LEMAK KUNING IKAN DURI

Salam bahagia buat semua..
Selalunya Ikan duri di buat singgang tetapi versi kali ini saya buat Gulai lemak kuning bersama daun pucuk kandis yag rasanya masam-masam sedikit.Ia adalah pengganti kepada asam keping

Asam Kandis atau Garcinia xanthochymus merupakan pokok yang jarang dijumpai di Malaysia. Apa yang diketahui Asam Kandis adalah salah satu bahan yang seringkali ditambahkan dalam masakan sahaja.
Bentuknya seakan-akan sama tetapi lebih kecil sedikit. Boleh juga panggil ‘gelugur jr’. memang mesra masakan.
Asam kandis sama fungsinya dengan asam gelugur, buahnya dihiris nipis-nipis (dijadikan kepingan halus) dan dijemur kering, digunakan dalam masakan terutamanya dalam masakan singgang. Rasa asam gelugur lebih enak kalau dibandingkan dengan asam kandis-sumber:Berita harian on-line.
Ikan duri biasanya di lumurkan sedikit garam terlebih dahulu sebelum di simpan di dalam peti sejuk semalaman.Pada keesokkannya barulah di buat gulai.Itulah cara yang selalu saya buat. 

GULAI LEMAK KUNING IKAN DURI
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 ekor Ikan duri - dipotong kecil
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas  bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 cawan santan
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • secekak daun pucuk kandis
  • secekak daun kesum
  • 1/2 inci lengkuas
Cara membuatnya
  • Ikan duri di sediakan sehari lebih awal.Letak sedikit garam pada ikan tadi dan simpan di dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk.
  • Kisar bawang merah,bawang putih,kunyit dan lengkuas hingga halus.
  • Masukkan ke dalam periuk bersama dengan  air serta cili kering kisar.Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  • Biarkan kuah mendidih,masukkan santan,ikan duri serta daun pucuk kandis dan daun kesum.
  • Tambahkan sedikit garam mengikut kesesuaian rasa masing-masing ataupun serbuk cukup rasa.
  • Biarkan sebentar dan bolehlah di angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan