Sabtu, 4 Ogos 2012

KIT KAT BITES SQUARE


Salam bahagia buat semua pembaca budiman...

Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi resipi kesukaan anak-anak saya.Ia adalah olahan dari resipi asal Maltesers square.Puas sudah ku mencari coklat maltesers tak ku temui.Akhirnya.. terjumpa resipi  ini kat blog Qasey Honey yang menggunakan Kit kat bites sebagai ganti kepada coklat maltesers.

KIT KAT BITES SQUARE
By: Home Bake 
Bahan-bahan
  • 100 gm mentega
  • 200 gm coklat masakan- di potong kecil
  • 3 sudu besar golden syrup - kalau tak ada boleh gantikan dgn. madu
  • 225 gm Digestive biskut - di kisar halus  saya guna biskut marie
  • 225 gm Maltersers - saya ganti Kit Kat Bites
Hiasan
  • 100 gm maltersers /Kit Kat Bites
  • 50 gm coklat masakan putih - saya gunakan warna pink
  • 50 gm coklat masakan

 Cara membuatnya
  • Kisarkan biskut hingga halus.
  • Sediakan loyang berukuran 8 inc, gris loyang dengan sedikit mentega dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak.  Ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.
  • Dalam periuk kecil, satukan coklat, mentega dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut.
  • Matikan api.Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hinga rata.
  • Kemudian masukkan Maltersers/kit kat bites dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers/kit kat bites tidak cair.
  • Untuk mengelakkan maltersers/kit kat bites cepat cair,  masukkan ke dalam peti ais.Bila nak masukkan ke dalam adunan baru di keluarkan dari peti ais dan terus di campur dengan adunan biskut.
  • Tuangkan dalam loyang.Taburkan atasnya dengan Maltersers/kit kat bites dan simpan dalam peti ais hingga beku.
  • Bila dah beku, keluarkan dari loyang dan hiaskan dengan coklat masakan yang telah di cairkan
  • Potong kecil dan siap untuk di hidangkan.
*juraian coklat hiasan di atas Kit kat bites square sepatutnya di buat dengan halus bukan nampak kasar seperti yang saya buat tu!.hu...hu-kesenian halus tiada di situ!

2 ulasan:

  1. waaaaa dh la kitkat tu my peberet...bikin mcm ni lagi la bertambah2 peberet...nak cuba gk la nanti...heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah Adda buat rasanya amat bercoklat kerana kit kat tu sendiri mempunyai rasa yang sedap.

      Padam