Jumaat, 3 Ogos 2012

TART NENAS GUNTING

Salam bahagia buat semua...
Saya telah menghabiskan cuti dua hari ini dengan membuat biskut raya.Buat awal-awal supaya tidak penat dekat-dekat nak raya nanti. Lagipun tahun ni dapat cuti raya sehari sahaja jadi semua persiapan kena buat awal sedikit supaya tidak kelam -kabut. Tart nenas boleh di buat dengan berbagai bentuk .Ada Tart nenas teratai,Tart nenas bunga dan Tart nenas nyonya.Dan salah satunya adalah seperti yang saya buat ini,Tart nenas gunting.Lupa pula nak ambil gambar cara-cara mengguntingnya.Jem nenasnya saya beli yang dah siap kat kedai bakery.Malasss...nak buat!!                                                                                                                                            

TART NENAS GUNTING
Sumber:Majalah Saji

Bahan-bahan
  • 250 gm .mentega
  • 450 gm tepung gandum/tepung red rose
  • 50 gm.tepung jagung
  • 2 biji kuning telur
  • 70 gm.gula kastor
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • sedikit pewarna kuning
  • jem nenas secukupnya
Cara membuatnya
  • Campurkan  mentega ,gula kastor,susu pekat manis dan kuning telur.Masukkan esen vanila dan gaul sebati.
  • Masukkan tepung gandum sedkit demi sedikit dan gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Tambahkan pewarna kuning.ambil doh dan isi dengan jem nenas dan buat bentukseperti buah nenas kecil. 
  • Dengan menggunakan hujung gunting yang kecil,guntinglah doh menjadi seperti dalam gambar.
  • Buat sehingga doh habis,kemudian sapukan dengan kuning telur pada tart nenas sebelum di bakar.
  • Bakar dalam oven pada suhu 160'C sehinga masak.
  • Sejukkan sebentar sebelum di isi ke dalam bekas yang sesuai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan