Khamis, 2 Ogos 2012

BANANA CRUMBLE



Salam bahagia buat semua....
Dessert yang saya buat untuk berbuka puasa petang semalam.Ia sedap di makan dengan Ais krim vanila.
Taburan crumble yang rangup di atas pisang sangat sesuai sekali bagi sesiapa yang tidak suka makan dessert yang berkuah.


























BANANA CRUMBLE
Sumber:My Resepi
Bahan-bahan
  • 175 gm.tepung gandum
  • 125 gm.gula perang
  • 125 gm.oat
  • 125 gm.mentega
  • pisang masak-potong bulat
  • madu-pilihan
Cara membuatnya
  • Campurkan tepung gandum,gula perang,oat dan madu.Cairkan mentega dan gaulkan bersama-sama bahan lain hingga membentuk serbuk roti.
  • Susunkan pisang dalam bekas tahan panas.Taburkan crumble di atas pisang hingga menutupi seluruh pisang.
  • Bakar sehingga bahagian atas crumble berwarna keperangan dengan sudu 160'C.
  • Sejukkan sebentar dan hidangkan bersama ais krim vanila.
                            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan