style="text-align: center"

Selasa, 13 November 2012

CHICKEN QUICHES



Salam bahagia buat semua..
Nama lainnya Chicken Tart dan nama melayunya Tart Ayam,tapi bunyi macam tak glamer.Saya letak tajuk omputih la pulak sekali-sekala.Tapi jiwa masih melayu selamanya..
Tak sangka pula anak-anak begitu mengemarinya.Saya redah saya kalau buat sesuatu pada pertama kalinya.Kalau anak-anak tak makan,saya yang tukang habiskan.Sebab tu la penimbang terkejut(bukan saya) setiap kali saya naik kat atasnya!.hee...he
Kulit tart menggunakan Pastri puff yang sentiasa ada stok dalam peti sejuk.Cadangnya kalau nak buat pastri apa pun saya selalu pakai Pastri puff sebab nak cepat.
CHICKEN QUICHES
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • pastri puff secukupnya
  • 250 gm isi ayam cincang
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • 1 biji kentang-potong dadu kecil
  • 2 sudu besar hirisan daun ketumbar
  • 2 sudu besar sos prego tradisonal
  • 2 sudu besar sos cili thai
  • 1 biji tomato-buang isinya,potong kiub
  • sedikit hirisan nenas kiub
  • 1 sudu teh serbuk cukup rasa Maggi
  • 1 sudu besar saus manis ABC Heinz
  • keju Mozarella parut secukupnya
  • mayonis dan sos cili secukupnya
Cara membuat intinya
  • Panaskan sedikit mentega dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik baunya.
  • Masukkan isi ayam dan kentang dadu dan gaul sebati bersama bawang sebentar.
  • Tambahkan sos prego,sos cili,saus manis dan gaul rata.Tambah sedikit air dan masak dengan api perlahan.
  • Bila ayam dan kentang masak,tambahkan serbuk cukup rasa Maggi,nenas kiub ,tomato kiub dan hirisan daun bawang.Sedapkan rasanya .
  • Angkat dan ketepikan.
Cara membuat kulit tart
  • Keluarkan pastri puff dari freezer,biarkan ia lembut sedikit dan tekap dengan penekap bulat bergerigi.
  • Letakkan di dalam acuan tart dan bakar sebentar separuh masak.
  • Keluarkan dari oven dan masukkan inti ayam tadi.Taburkan keju Mozarella parut ke atasnya.
  • Bakar sebentar lagi sehingga kulit tart nampak garing dan keju mencair.
  • Hidangkan dengan picitan sos cili dan mayonis.

8 ulasan:

  1. Salam suzana..terima kasih sudi singgah di blog mieza...salam perkenalan...
    quiche tu nampak sedap sgt..sesuai tu utk minum ptg...nampak sedap... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la Mieza,memang sedap,yang penting anak-anak suka.

      Padam
  2. ooo tart ayam ek nama melayu nya..adda ni sebat jer apa pun jenis tart..tu pasal la penimbang adda asyk terkejut gk sbb tuan dia ni mmg sebat jer apa makanan yg ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita,si tukang masak ni yang membuatnya tak tak nak makan pula!

      Padam
  3. Assalam.. saya singgah n follow.. :)
    Sedapnya nampak quiche tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam Sheila,termakasih kerana sudi jadi kawan dapur saya yang jauh terpencil ini.quiche tu memang sedap,lepas satu,satu masuk mulut!.

      Padam
  4. My favourite..good idea ya buat mini macam ni tak yah nak potong2

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la kak paty,anak-anak saya' food on the run'kat atas rumah boleh lagi makan sambil main ultraman.

      Padam