style="text-align: center"

Rabu, 14 November 2012

KACANG PANJANG GORENG dengan TELUR

Salam bahagia buat buat semua..
Dalam minggu ini di Kelantan cuma hari ini sahaja hari bekerja(Rabu).Kita bercuti dari hari Ahad selama dua hari sempena Keputeraan Sultan Muhammad ke-v yang hensem tu,sehari lagi untuk Deepavali dan sehari lagi untuk 1Muharram.Jumlah semua cuti termasuk Jumaat dan Sabtu sebanyak 9 hari.Best kan!.dan esok adalah 1 Muharram .Berbahagialah bagi mereka yang memperoleh nikmat umur yang panjang dan mengisinya dengan amalan-amalan yang baik dan perbuatan-perbuatan yang bijak. Rasulullah SAW bersabda : “Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya (HR Ahmad).
Hari ini saya masak kacang panjang yang di goreng bersama telur sebagai hidangan makan tengahari.Kacang panjang yang dah lama bertapa dalam peti sejuk sudah hampir hilang warna hijaunya.

KACANG PANJANG GORENG dengan TELUR
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan

  • 1 ikat kecil kacang panjang-potong menyerong
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 ulas bawang merah-hiris nipis


Cara membuatnya

  • Tumbuk 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dan gaulkan bersama kacang panjang,serbuk lada hitam dan pati ikan bilis dan serbuk kunyit.
  • Panaskan sedikit minyak dan masukkan telur sambil di kacau supaya telur menjadi hancur.Masukkan kacang panjang tadi dan gaul sebati dengan telur hancur.
  • Goreng sebentar dengan api sederhana,masukkan cili padi dan bawang yang di hiris halus.
  • Sedapkan rasanya dan bolehlah di hidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan