Isnin, 10 Disember 2012

POTATO WEDGES

Salam bahagia buat semua...
Lama betul saya menghilang dari dunia dapur maya ini.Al kisahnya PC di serang virus dan admit wad untuk beberapa lama.Bosan sungguh tak dapat menulis resepi tapi apakan daya, asyik dok blog walking kat dapur orang sahajalah kerana saya tak dapat nak akses akaun Google.
Hari ini 10 Disember barulah segala-galanya pulih dan saya dapat menulisnya kembali!sukanyaaaa....Syukur.

POTATO WEDGES
Sumber:Amie's Little Kitchen.Tq!

Bahan-bahan
  • 8 biji kentang-kupas dan potong wedges/baji
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu oregano leaves
  • 3 tangkai daun ketumbar-hiris halus
  • 1/2 sudu lada putih-tumbuk
  • 1 sudu serbuk pati ikan bilis
  • 1 sudu teh serbuk ENO/baking powder
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 cawan air
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuatnya
  • Rebus kentang setengah masak.Angkat dan toskan.
  • Campurkan tepung gandum,tepung jagung,oregano leaves,daun ketumbar,lada putih serbuk ENO dan serbuk kunyit dan serbuk pati ikan bilis.
  • Adun bersama air mengikut kepekatan yang diingini.
  • Celupkan kentang rebus ke dalam adunan dan goreng sehingga kuning keemasan.
  • Sedia untuk di hidang bersama pencicah pilihan.
*Saya menggunakan sos cili thai dan mayonis

 

4 ulasan:

  1. Selamat bertemu kembali Suzana... terima kasih cuba resepi kentang wedges ini...ada lagi tak? Saya lama tak buat... anak2 suka makan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tinggal kenangan Amie.anak-anak minta di buatkan lagi.sampai tak menang tangan kita ni.cuti sekolah ni sampai satu karung kecil potato siap-siap beli letak kat dapur.

      Padam
  2. salam kenal kak su..peberet sy ni..boleh mkn tak ingat jiran sebelah klu dpt ni..hehe.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita .nanti Ieyda post lagi resepi sedap2 ye!.

      Padam