Selasa, 11 Disember 2012

SIEW PAK CHOY BERSOS TIRAM

Salam bahagia buat semua..

Sayur yang menjadi kesukaan saya.Sedap di makan dengan nasi dan lauk-pauk lain ataupun kadang -kadang saya makan sayur sahaja.Itupun penimbang masih bergegar!!...
Semasa mencelur sayur ini kuat sangat dok bercakap(sebenarnya membebel la tu!)saya telah terlupa akannya.Ni dah terover cook lah.Apalagi tiada sudah seri warna kehijauan Siew pak choy.Apakan daya nasi dah bertukar menjadi bubur!.
SIEW PAK CHOY BERSOS TIRAM
Sumber:HaNa's family.tq!

Bahan-bahan
  • seikat sayur Siew pak choy
  • 4-5 sudu makan sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa/gula - jika suka
  • 1 sudu besar sos lada hitam     saya tambah
  • tepung jagung dan air sedikit utk pekatkan kuah
  • bawang putih goreng/bawang goreng - utk hiasan
  • beberapa ekor udang-di buang kulit   saya tambah
Cara membuatnya
  • Sayur jangan potong dulu.Panaskan air.Celur Siew pak choy dengan batang-batangnya sekali.
  • Angkat dan toskan.Potong bahagian yang hujung. susun dalam pinggan dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bahan cincang hingga naik bau atau kekuningan.
  • Masukkan sos tiram dan sos lada hitam dan juga air sedikit dan juga udang kemudian di kacau.Masukkan perisa jika suka.Tak payah letak garam sebab sos tiram dah masin. Kalau nak pekat bubuh tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  • Didihkan.Tutup api.Tuang kuah atas sayur tadi.
  • Hiaskan dengan bawang putih goreng/bawang goreng.Dah siap!

2 ulasan:

  1. He he hehh tak apa... nasi dah jadi bubur pun tetap sodap! Kita pun suka makan sayur ni... rangup je bunyinya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. he..he tau tak apa,tak pusing kanan-kiri dah time mengadap pinggan tu!.

      Padam