style="text-align: center"

Sabtu, 15 Disember 2012

MOO-MOO CAKE

 
Salam bahagia buat semua.
Kek ini adalah kek sponge gulung yang bercorak lembut yang bertompok-tompok seperti lembu orang putih! Keknya cukup lembut dan krimnya boleh dipelbagaikan.Di dalam resepi ini saya menggunakan krim putar.Macam biasa la kalau buat kek gulung tu mesti krimnya bersepah!!...
 
MOO-MOO CAKE
Sumber:Paty's kitchen

Bahan-bahan kek 
  • 8 biji telur gred A-asingkan putih dan kuning telur
  • 60 gm madu
  • 100 gm tepung gandum
  • 60 gm mentega cair
  • secubit garam
  • 80 gm gula kastor
  • 1 sdt serbuk bamboo charchoal            saya ganti dengan serbuk koko 
  • serbuk oreo untuk taburan
Krim
  • 6 biji telur
  • 100 gm gula halus
  • 30 gm tepung jagung
  • 10 gm tepung gandum 
  • 500 ml susu segar
  • 1 batang vanilla pod        
  • 15 gm mentega
  • 300 ml krim putar
Cara membuatnya
  • Pukul kuning telur dengan tepung sehingga licin. Kemudian masukkan mentega cair dan letak sebelah.
  • Pukul putih telur, gula dan garam sehingga pekat dan gebu, kemudian satukan dengan adunan kuning telur.
  • Keluarkan 80 gm dari adunan dan masukkan bamboo charcoal dan letak sebelah.
  • Pipekan adunan charcoal seperti tompok-tompok dalam loyang pembakar 14 x 14.Kemudian curahkan adunan putih ke atasnya. Kemudian bakar pada suhu 190'c selama 9 minit.
Cara buat krim
  • Sementara itu sediakan inti atau fillingnya. Pukul telur, gula, tepung jagung dan tepung. Pukul sehingga sebati.
  • Panaskan susu dan curahkan ke dalam adunan telur tadi.
  • Panaskan adunan atas api kecil.Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan letak sebelah.
  • Bila krim sudah sejuk.Mesin sehingga menjadi seperti krim.Keluarkan kek yang masak tadi sejukkan dan balikkan.B
  • Bahagian bercorak di bawah manakala bahagian kosong di atas. 
  • Potong hujung tepi kek 45 darjah bagi memudahkan bila digulung nanti.Sapukan krim.
  • Taburkan serbuk oreo dan gulung kek kemas-kemas. 
  • Sejukkan dahulu sebelum di potong.

2 ulasan:

  1. Walaupun krim bersepah tapi menjadi gulungannya.... sedpa tu kalau makan baru keluar peti sejuk!

    BalasPadam
  2. He..he mestilah sedap,kek ni kalau letak dalam peti pun ia tak keras.saya sempat makan sekeping aje.yang lain tu habis budak 3 orang tu makan!

    BalasPadam