style="text-align: center"

Ahad, 16 Disember 2012

KETUPAT SOTONG


Salam bahagia buat semua....
Ketupat sotong adalah makanan yang menjadi kesukaan abang yang tengah.Dia yang minta saya buatkan ketupat sotong ini setelah begitu lama saya tidak membuatnya kerana musim hujan ni susah nak cari sotong yang sesuai untuk di buat ketupat .Mujur juga sotong ini ada di jual kat TESCO.Dulu-dulu masa baru-baru kahwin,buat Ketupat sotong selalu saja 'meletop' sebab saya sumbat pulut tu sampai penuh badan sotong!!...

KETUPAT SOTONG

Bahan-bahan  

Sumber:daridapursuzana

  • 10 ekor sotong sederhana besar
  • beras pulut
  • santan sederhana pekat
  • gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya 
  • sedikit hirisan halia
  • beberapa helai daun pandan
  • 10 batang lidi pendek-untuk cucuk kepala sotong

Cara membuatnya


  • Bersihkan beras pulut dan rendam selama lebih kurang 2 jam .Toskan beras pulut dan ketepikan. 
  • Bersihkan sotong dan buang kulit luarnya yang nipis dan pisahkan kepala dari badan sotong.Basuh bersih dan toskan.
  • Ambil beras pulut dan campurkan dengan separuh dari santan .
  • Isikan beras pulut ke dalam sotong separuh penuh.Tutupkan dengan kepala sotong.Ambil lidi pendek tadi dan cucuk kepala sotong dengan lidi supaya kepala tak tercabut.
  • Rebuslah sotong bersama santan,daun pandan dan hirisan halia dengan api yang perlahan.Kalau api kuat ia akan pecah.
  • Bila pulut di dalam sotong masak,masukkan garam, gula melaka dan gula jika perlu.Masak lagi sehingga pekat dan gula melaka hancur sepenuhnya.Tambahkan garam secukup rasa.
  • Sesuaikan rasanya mengikut citarasa sendiri.Citarasa saya-ketupat sotong yang saya buat ni tidaklah begitu manis sangat dan kuahnya ada rasa aroma halia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan