style="text-align: center"

Sabtu, 9 Februari 2013

KEK COKLAT MAYONIS

Salam bahagia buat semua..

Saya banyak mencuba resepi kek coklat yang pelbagai jenis kerana anak-anak suka makan kek coklat.Salah satunya Kek coklat mayonis ini.Ia adalah kek coklat lembab dan agak padat sedikit teksturnya.Resepinya adalah dari Zaliana.Dah lama tersimpan resepinya baru sekarang satu berpeluang membuatnya.

KEK COKLAT MAYONIS
Sumber:Zaliana

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan mayonis
1 cawan gula halus   saya guna 3/4 cawan
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas 
3/4 cawan minyak masak
1/2 sudu teh butter oil
1/2 cawan kepingan badam hiris

Cara membuatnya
  • Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Ayak bersama dan ketepikan.
  • Campurkan mayonis,gula ,butter oil dan susu pekat di dalam mangkuk pengadun dan pukul sebati.
  • Kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit,berselang seli dengan air panas.Pukul hingga semua bahan sebati.
  • Kemudian masukkan minyak masak dan gaul rata.Akhir sekali masukkan kepingan badam dan kacau rata.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang sudah beralas dengan baking paper.
  • Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu dengan suhu 170'C sehingga masak.
  • Setelah masak sejukkan dahulu dan hiaslah mengikut kreativiti sendiri.

2 ulasan:

  1. Meriahnya! Warna warni...sayang nak potong ni!

    BalasPadam
  2. warnanya saya buat meriah supaya anak-anak suka.betul tu Amie sayang nak potong sebab tu mana ada gambar kek yg siap di potong!

    BalasPadam