Penne adalah salah satu dari berjenis-jenis pasta yang ada di pasaran.Bentuknya agak besar sedikit dari saiz pasta yang lain.Kalau makan tu mudah saja cepat kenyang.Selain dari ayam ia juga boleh di campur dengan pelbagai bahan lain seperti udang,daging dan sosej dan pelbagai sayuran untuk menambahkan lagi kesedapannya apabila di masak.Penne goreng adalah masakan ringkas yang saya selalu buat jika tidak makan nasi.
PENNE GORENG
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
250 gm Penne-di rebus dan toskan
100 gm brokoli
4 sudu besar sos pasta Prego tradisonal
3 ulas bawang putih-cincang
1labu bawang bombay-potong dadu
1 keping isi dada ayam-potong kecil
2 biji tomato kecil-potong 4
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
garam/gula secukup rasa- pilihan
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 kiub pati ayam
minyak zaitun/minyak masak
Cara membuatnya
- Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih cincang dan bawang bombay dadu hingga wangi dan masukkan isi ayam serta sedikit air.
- Bila ayam sudah masak,masukkan sos pasta,sos tiram dan sos cili,kiub pati ayam dan pasta yang telah di rebus tadi dan gaul rata.
- Goreng sebentar lagi hingga semuanya bergaul rata dan sebati barulah di masukkan brokoli dan tomato.
- Tambahkan serbuk lada hitam.Jika perlu tambahkan garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan hidangkan.
Warnanya sungguh mengamcam selera!!!
BalasPadamhee..hee memang menyelerakan dan sedap sekali!
Padam