Khamis, 14 Februari 2013

TART NENAS

Salam bahagia buat semua..

Lama sudah saya tidak membuat cookies.Last sekali saya buat ialah pada bulan puasa tahun lepas.Bila terjumpa resepi Tart nenas ni kat Noorsha .blogspot terus saya ingin cuba membuatnya.Best juga dapat makan cookies bukan pada musim perayaan.Cepat je habis. Saya menggunakan jem nenas yang di beli di kedai bakery.Penat oo.. mau kacau itu jem nenas sampai masak.

TART NENAS
Sumber:Noorsha.blogspot.tq!

Bahan-bahan

250 gm mentega
420 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
4 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya
  • Pukul mentega dan kuning telur sampai kembang.Masukkan susu pekat dan esen vanila.Pukul lagi.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli,kalau agak lembik tambah tepung sedikit.
  • Terap dengan acuan tart dan hias dengan jem nenas.
  • Bakar pada suhu 150'C selama 30 minit.

3 ulasan:

  1. Terasa suasana raya... tart nnas salah satu kuih kegemaran!

    BalasPadam
  2. saya ada menghidangkan biskut ini buat tetamu yang datang,dia orang siap cakap,aik,, belum raya dah buat biskut!

    BalasPadam
  3. Dah lama sy tak buat tart kak,asyik makan/beli je..

    BalasPadam