Rabu, 6 Mac 2013

AYAM KUKUS LADA HITAM

Salam bahagia buat semua..

Hari ini  saya nak entrikan satu lagi resepi sihat untuk diet dan juga untuk orang yang berpantang iaitu Ayam rebus lada hitam.Resepinya saya olah dari Majalah Saji.Saya gandingkan ayam rebus ini dengan brokoli dan salad Romaine serta sos lada hitam berbawang.Ayat powernya ,tak makan nasi pun tak apa(untuk 3-4 jam pertama!),makan ayam ni pun dah kenyang sangat-sangat!

AYAM KUKUS LADA HITAM
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 keping dada/paha ayam-buang tulang
4 cm halia -hiris kasar
1 sudu besar lada hitam-tumbuk kasar
400 ml.air
sedikit garam

Bahan sos
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar mentega
1 labu bawang besar -cincang
2 cawan air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar lada hitam-tumbuk kasar
sedikit garam dan gula

Cara membuatnya
  • Untuk membuat ayam rebus,didihkan air,masukkan hirisan halia dan lada hitam.Reneh seketika sehingga naik bau.(Saya mengukus ayam ini).
  • Kemudian masukkan kepingan ayam dan sedikit garam.Reneh seketika sehingga daging ayam sedikit empuk.
  • Saya toskan ayam ini dan panggang sekejap dengan minyak zaitun.
Untuk membuat sos lada hitam
  • Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.
  • Masukkan bawangbesar,tumis sehingga wangi.Tuangkan air dan masukkan pula sos cili dan kicap pekat.Kacau sebati.
  • Selepas itu masukkan pula lada hitam, garam dan gula secukup rasa.Apabila sudah mendidih masukkan pula tepung jagung yang sudah di bancuh dengan sedikit air.Kacau sehingga kuahnya sedikit pekat.Tutup api dan ketepikan.
  • Hiaskan mengikut kretiviti anda dan hidang dengan sos lada hitam berbawang.Saya menambahkan sayur brokoli,tomato yang di celur sekejap dan di makan bersama salad Romaine.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan