style="text-align: center"

Rabu, 13 Mac 2013

PUDING JELI PIC


As-Salam buat semua...

Puding Jeli Pic ini resepinya saya kongsikan di sini dari hasil tangan CT Delima yang tersiar di dalam Majalah Saji .Rasa puding ini yang lemak manis dan macam biasalah ia sedap di makan sejuk-sejuk dalam cuaca yang panas begini.Ter-acccident pula sewaktu melapis bahagian bawah di mana lapisan jeli telah tercampur dengan lapisan susu.Sepatutnya lapisan atas cuma kelihatan warna hijau jeli sahaja.Macam biasalah,orang kata sudukan perlahan-lahan,saya pula sudukan dengan lajunya.Namun ia tidak menjejaskan rasanya.Cubalah buat,ia sedap sangat!
PUDING JELI PIC
Sumber:CT Delima-Majalah Saji Mac 2013

Bahan-bahan jeli
3 sudu makan serbuk jeli
100 gm .gula pasir
400 ml air
pewarna hijau secukupnya

Bahan puding
1 bungkus serbuk agar-agar
100 gm gula pasir
250 gm .buah pic dalam tin-kisar halus
700 ml.susu cair

Bahan hiasan
100 gm.buah pic-potong dadu

Cara membuatnya
  • Basahkan acuan pilihan dan taburkan buah pic yang di potong dadu ke dalamnya.Ketepikan.
untuk membuat jeli
  • Satukan gula pasir,serbuk jeli dan air di dalam periuk.Masukkan pula pewarna hijau dan kacau perlahan-lahan dengan api sederhana sehinga mendidih.Angkat.
  • Seterusnya sudukan jeli ke dalam acuan tadi dan biarkan jeli mengeras sedikit.
untuk puding pula
  • Satukan gula pasir,serbuk agar-agar dan susu cair ke dalam periuk.Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa sehingga mendidih.
  • Masukkan buah pic  yang di kisar tadi dan kacau rata.Angkat.
  • Akhir sekali,sudukan adunan puding perlahan-lahan ke dalam acuan berisi jeli tadi.Biarkan puding suam dan sejukkan di dalam peti sejuk.
  • Sedia untuk di hidangkan.



8 ulasan:

  1. sedapnya kak.....cntik pulak tu.....best ni dpt mkn time panas2 gini....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la tu,balik dari kerja terus buka peti sejuk!

      Padam
  2. Cantiknya! terasa lazatnya meintasi tekak... lagilah kalau baru keluar dari peti ais...

    BalasPadam
    Balasan
    1. he..hee sedap bila makan time sejuk2 gitu!

      Padam
  3. cantik. dah terasa sejuk sejuk di anak tekak ni

    BalasPadam
  4. cubalah buat kak Azie,sedang elok tu time cuaca panas begini!

    BalasPadam
  5. sesuai sangat makan puding pengalas tekak time cuaca panas sekarang nikan..cantik sangat pudingnya ni..

    BalasPadam
  6. hati dah tergoda tgk puding ni...cantik & nmpak sedap sgt!

    BalasPadam