As-Salam buat semua..
Akhirnya...selepas beberapa kali mencuba buat Cream Puff dengan 3 kali masuk dustbin saya berjaya makan Cream Puff ini dengan muka yang tersenyum!Practise make perfect kononnya!he..he.
Dengan semangat yang tinggi untuk menghasilkan Cream Puff sendiri dari dapur saya, dengan tidak jemu-jemu saya cuba membuatnya beberapa kali termasuk tengok tutorial kat YouTube Kalau bukan kerana kuih ini menjadi kesukaan,dah lama saya mengalah!.Selalunya kalau nak makan tu saya tempah atau beli saja kat kedai kek.Selepas ini tidak lagi...tu pun kalau rajin!.
Buat sendiri,dapat letak filling banyak sikit.Baru puas makan.
CREAM PUFF
Resepi: Zaliana@myresepi
Sumber:Tun Telani
Bahan-bahan
- 125 gm self raising flour
- 100 gm mentega
- 250 ml air
- 1/2 sudu teh gula
- 3 biji telur
- Panaskan air,gula dan mentega dalam periuk sampai mendidih menggunakan api perlahan.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan.
- Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paip menggunakan nozzle bentuk bintang.
- Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Resepi: Kak Ida@1001resepi
Sumber: Tun Telani-Life is a constant battle
Bahan-bahan
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula kastor
- 1 1/3 cawan susu segar
- 30 gram mentega (lebih kurang 2 sudu teh)
- 2 sudu teh esen vanilla
- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
- Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
- Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk.Ketepikan.
- Belah sedikit cream puff.
- Masukkan custard filling ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam Cream Puff.Ia sedap di makan sejuk.
bagus tu usaha tangga kejayaan
BalasPadammemang sedap, ank2 akak sekejap je diorg habiskan
dan bestnya kita buh kastad byk2 kan emmm yummy
ye la baru puas dapat makan.nanti lain kali nak buat lagi!
Padam