Ikan masak tempoyak boleh di gunakan pelbagai jenis ikan yang sesuai dan yang paling popularnya tentu sekali adalah Ikan Patin.Tetapi oleh kerana saya tidak makan Ikan Patin,saya cuma gunakan Ikan Kembung yang besar sahaja.kadang-kadang ada juga saya gunakan Ikan Kerisi
IKAN MASAK TEMPOYAK
Sumber:resepiraidah.blogspot.com/thanks
Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung- bersihkan
15 biji lebih atau kurang cili api - tumbuk
1 batang serai - ketuk
2 sudu besar atau lebih tempoyak
1 tangkai daun kesum boleh letak lebih jika suka
1 helai daun kunyit-jika suka
Serbuk kunyit secukupnya/ 1 inci kunyit hidup
Garam dan sedikit gula.
Air - ikut pekat kuah yg diingini
Cara membuatnya
- Masukkan cili api yg telah ditumbuk, tempoyak, serai, kunyit dan air ke dalam periuk. Kacau rata supaya tempoyak hancur dan tidak berketul. Masakkan bahan-bahan sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan ikan, daun kesum dan biarkan ikan sehingga masak.Tambahkan garam dan sedikit gula.Kalau kuah tidak masam, bolehlah ditambahkan tempoyak lagi(biasanya rasa masam ikan hanya dari tempoyak sahaja.Tapi kalau tidak suka kuah yg agak pekat, bolehlah ditambah asam keping untuk menambah masam).
- Bila ikan sudah masak,bolehlah diangkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan