Isnin, 15 April 2013

RAINBOW ICE CREAM



 As-Salam buat semua..

Pening kepala saya dok menyiapkan power point untuk presentation 2 minggu lagi.Dah hampir siap 90 peratus.Buat awal-awal supaya saya berkesempatan untuk buat perkara lain pula.Tak sempat nak habiskan saya tinggalkan power point dan beralih ke entri blog pula.Baru lega sikit kepala!...kalau bab-bab kerja ni mudah hilang tumpuan,kalau menulis blog tu lama sikit pun tak apa!
Entri hari ini adalah pasal ais krim yang menjadi kesukaan baby besar saya-Azim.Hari-hari punggah dari peti ais sampai habis baru tanya..ada lagi tak?.
Resepi asalnya dari Buku resepi yang di kongsikan di FB.Nama resepinya Ais krim home made oleh Jue Nida.Tapi oleh kerana saya telah membuatnya jadi colourful jadi namanya bertukar ke Rainbow ice cream..walaupun hanya ada 3 warna!..
                 
Mulanya Azim ingat saya beli ais krim ini sebab di letakkan di dalam bekas ais krim lama!..

RAINBOW ICE CREAM
Sumber:buku resepi FB/Jue Nida

Bahan-bahan
1 tin susu pekat manis       saya guna 3/4 tin
2 tin susu air masak
1 sudu besar ovalette
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanila 
2@3 sudu besar serbuk koko          tak letak
*saya gunakan 3 warna-purple,pink dan kuning  

Cara membuatnya
  • Tuangkan susu pekat di dalam periuk dan masukkan 2 tin air masak(sukat dengan tin susu tadi).
  • Masukkan tepung jagung dan kacau rata.Tepung jagung adalah supaya ais krim tidak cepat cair bila di keluarkan nanti.
  • Kacau atas api sebentar(tidak perlu mendidih).Angkat dan masukkan dalam bekas besar dan sejukkan.
  • Apabila sejuk,tambahkan ovalette dan esen vanila dan kacau rata.
  • Putar dengan menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi hingga adunan gebu,ringan dan adunan naik dua kali ganda(penuh bekas) 
Cara saya .
  • Bahagikan adunan kepada beberapa warna dan perisa ikut kesukaan masing-masing.  
  • Ambil bekas sesuai dan tompokkan adunan yang berlainan warna selapis demi selapis .
  • Ulang proses melapis hingga adunan habis.
  • Bekukan di dalam peti ais.Hias mengikut kreativiti sendiri.Sedia untuk di nikmati.


6 ulasan:

  1. mcm sedap je..bahan pon senang...nk try laa..

    BalasPadam
  2. salam,
    tq sudi singgh di blog..:) follow kembali disini..alahaiii kecur ..tp skrg nie dh x boleh makan manis2 dah..sedeyyy:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak apa Zila..adjust sikit kemanisannya,semua makanan manis boleh di makan, yang penting kuantitinya.hee.hee nasihat dari orang hospital!

      Padam
  3. saya memang nak buat aiskrim ni,kalau guna susu segar atau susu sejat je boleh tak?

    BalasPadam
  4. Agak2 brape lama kna kacau dgn mixer. Coz sy x pndai nk agak2 adunan dh kembang or blum

    BalasPadam